{[['']]}
Definasi Hartanah dan Rumah Lelong
Apa Itu Lelong?
Lelong adalah satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain secara sah.
Apa Itu Rumah Lelong?
Definisi mudah bagi Rumah Lelong adalah rumah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (tuan rumah) gagal untuk membayar bayaran bulanan untuk suatu tempoh yang telah dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan.
Disini saya tidak ingin bercerita secara panjang lebar untuk Rumah Lelong. Tip dan Panduan serta pengalaman akan saya kongsikan nanti di laman blog akan datang.
Semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakain bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah dan tanah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah menjadi RM100,000.
Perbezaan harga cukup ketara untuk rumah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar rumah turun harga secara mendadak.
Pasti tidak. Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah jangan lepaskan peluang untuk membeli Rumah Lelong. Sudah pasti dengan rumah lelong anda dapat jimat sehingga 20%-40% dari harga pasaran semasa.
Tapi harus diingat, tidak semua yang membeli rumah lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Rumah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang membeli Rumah Lelong secara melulu, tanpa mengetahui selok belok Rumah Lelong.
Ramai yang ingin membeli Rumah Lelong dengan tujuan yang sendiri. Ada yang membeli Rumah Lelong untuk rumah pertama, untuk rumah kedua, untuk anak, untuk keluarga, untuk hadiah, untuk pelaburan, untuk simpanan eset dan pelbagai tujuan yang lain. Tapi tujuan anda mungkin sukar untuk dicapai sekiranya tiada sumber untuk mendapatkan Rumah-rumah untuk dibeli.
Dengan itu, saya berusaha untuk mendapatkan listing terkini rumah lelong untuk diletakkan disini. Diharapkan listing yang dipaparkan dapat memberikan manfaat kepada anda, samada untuk pelaburan atau sebaliknya. Jika anda ingin membeli rumah yang disenaraikan boleh Register Percuma Disini.
Bagi sesiapa yang ingin membeli dan mendapatkan Rumah melalui Lelongan hartanah boleh hubungi saya. Saya berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan lelongan, yang terdiri daripada mendapatkan rumah melalui lelong hartanah, membuat pilihan hartanah yang terbaik, melatih usahawan mahupun pelabur untuk mendapatkan potensi pendapatan pasif setiap bulan dan seteruskan memberikan kebebasan kewangan.
Matlamat saya adalah untuk membantu anda dengan memberikan nilai potensi terhadap hartanah lelong yang dipilih dan memberikan nilai tambah terhadap hartanah yang telah dimiliki.
...
Post a Comment