Hartanah Terkini :
Home » , , » Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah

Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah

{[['']]}
 xxxxxxxxxxx
KWSP Pengeluaran Membeli Rumah (Akaun II)

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembelian sebuah rumah seperti berikut :

    Pembelian secara perseorangan; atau
    Pembelian secara bersama suami/isteri, ahli keluarga atau individu yang lain.

Pengeluaran ini juga membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, orang perseorangan atau lelongan awam.


Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

    Ahli warganegara Malaysia; atau
    Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
    Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
    Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR)

Anda perlu mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.


Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:


    Pembelian Perseorangan
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU
    Semua simpanan dalam Akaun II
    Pembelian bersama Suami/Isteri, Ahli Keluarga Atau Individu Yang Lain
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU
    Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas

Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Sekiranya anda membeli rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak amaun harga rumah dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.


Kekerapan Pengeluaran
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika ada pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membeli rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan.


Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:

    Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
    Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8922 6000
    Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.


Untuk Maklumat Yang Selanjutnya
Klik DiSini Dan Dapat Info Dari KWSP

xxxxxxxxxx
Sharing is caring.. :)
LIKE  & Share Artikel ini jika Suka...atau

Share a link with your Facebook and Twitter followers

Share this article :

Post a Comment

.

.

Anda Ingin Membeli Tanah Lot Harga Mampu Milik & Bina Rumah Impian Anda? Klik Banner Di Bawah

Tanah Lot Banglo Untuk DiJual / Pakej Bina Banglo 1 Tingkat Disediakan - Sila Klik Banner DiBawah

Anda berhajat memiliki pelan banglo berkualiti idaman anda?

Pelan Banglo Idaman

Jangan Lupa Ikuti Kami, KOMEN, LIKE dan SHARE di Facebook Hartanah kami- Picit Banner DiBawah Ni Ye

Jom Tonton Video DiBawah - Macamana Nak Beli Rumah atau Nak Buat Pelaburan Hartanah ?

Klik SINI -ORDER SEKARANG - Bagaimana Nak Beli Rumah Tanpa Modal .!

Video Meraikan Lambaian Syawal 1436H - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hello to all viewer. This is a personal Real Estate Website. We are a Fulltime Real Estate Negotiator : Creating Website | Azah Aziz | Perunding Hartanah Anda . Hubungi 0132563131
Copyright © 2013. NZR PROPERTIES REALTY RESOURCES - Senarai Rumah Lelong Kepada Yang Ingin Membeli Rumah Bank Lelong - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Azah Hartanah
Proudly powered by NZR PROPERTIES REALTY RESOURCES